5 wanita asing cuba masuk secara haram ditahan

TIGA daripada lima wanita warga asing yang ditahan oleh UPP Bukit Kayu Hitam kerana cuba memasuki negara ini secara haram semalam. 
ALOR SETAR - Pasukan Rondaan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam telah menahan lima  wanita warganegara asing kerana cuba meloloskan diri memasuki negara ini melalui pagar keselamatan sempadan.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, mereka terdiri daripada empat warganegara Vietnam dan seorang rakyat Thailand yang berusia antara 21 hingga 34 tahun.

Menurut beliau, tangkapan dibuat pukul 10 pagi semalam ketika tugas rondaan dijalankan di tepi pagar bersebelahan Black Forest, Jalan Ladang Rakyat, Bukit Kayu Hitam.

"Kesemua warganegara asing ini ditangkap kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah dan mereka melanggar Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002).

"Kesemua mereka dihantar ke Depot Imigresen Belantek, Sik bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment