Aidana Beizieva bekas pelajar Kolej SEGI - Polis

Ketua Polis Selangor, Abu Samah Mat (dua kanan) ketika mengadakan sidang media di IPD Kajang hari ini.
KAJANG - Identiti mangsa keenam yang terkorban dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 disahkan sebagai Aidena Braizieva iaitu bekas pelajar bidang pelancongan di Kolej SEGI, Kuala Lumpur.

Wanita berasal dari Kyrgystan berusia 25 tahun sebelum itu datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Sunway pada 2010.

Mangsa kemudian menukar pengajian ke Universiti LimKokWeng sebelum ke Kolej SEGI sehingga tamat pengajian Oktober tahun lalu

Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat seperti dilaporkan BH Online berkata, maklumat itu diperoleh selepas pasukan polis menjalankan siasatan di kediamannya di Pantai Dalam.

Hasil siasatan itu juga polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan kepada juruterbang helikopter berkenaan, Cliff William Fourneir yang turut maut dalam kejadian itu.

Katanya, Aidena juga telah beberapa mengikutnya ourneir melakukan penerbangan.

Dalam nahas Sabtu lalu, enam orang terbunuh apabila helikopter yang dipandu Fourneir terhempas di kawasan ladang berhampiran Kampung Pening-pening, Sungai Lalang, Semenyih.

Antara yang terbunuh termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment