Anwar banduan pertama jadi Penasihat Ekonomi


SHAH ALAM - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi tercatat dalam sejarah apabila menjadi banduan pertama di negara ini yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Ini berikutan keputusan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang mengekalkan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai Penasihat Ekonomi negeri.
Pada kebiasaannya seorang penjawat awam tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya mereka dipenjarakan atas kesalahan jenayah.
“Euro Money mengiktiraf beliau sebagai salah seorang Menteri Kewangan terbaik selepas pelantikannya manakala pada 1996 dia diiktiraf sebagai “Finance Minister of the Year’.
“Beliau juga pernah menjadi pengerusi Bank Dunia bagi jawatankuasa pembangunan melibatkan negara maju serta negara sedang membangun,” kata Mohamed Azmin sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri di sini.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR serta Ketua Pembangkang dipenjarakan lima tahun selepas didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.
Mohamed Azmin berkata walaupun Anwar dipenjara namun ia bukan halangan bagi mendapatkan idea dan rujukan daripadanya.
“Kalau pun dia dalam penjara apakah saya tidak boleh dapatkan nasihat beliau dengan penulisan dan rujukan, penulisan serta kertas kerja dibentangkan Anwar seluruh dunia.
“Saya masih boleh rujuk ideanya, beliau masih penasihat ekonomi,” katanya.

- MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment