APBH 2014: Neelofa dipuji tolak bersalam lelaki


KUALA LUMPUR 6 April - Tindakan pelakon dan pengacara comel, Neelofa menolak untuk bersalaman dengan seorang lelaki ketika majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) yang berlangsung di Arena All Star, Genting Highland malam tadi telah mendapat pujian kalangan peminatnya.

Neelofa yang memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular malam tadi bertindak demikian ketika dia mahu naik ke pentas untuk menerima anugerah apabila seorang lelaki dikenali sebagai Shawn menghulurkan tangan untuk bersalam sebagai tanda ucapan tahniah.

Bagaimanapun Neelofa yang kini berhijab tidak mempedulikan lelaki tersebut sebaliknya terus berjalan dan tindakan beliau itu telah terakam dalam kamera TV yang kemudian menjadi viral di media-media sosial sejak pagi ini.

NEELOFA menolak salam yang dihulur oleh seorang lelaki ketika menaiki pentas untuk menerima anugerah, sehingga mendapat pujian para peminatnya.

Rata-rata para peminat dan orang ramai memuji langkah Neelofa itu yang jelas memahami batasnya sebagai seorang wanita Muslim yang haram bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.

Namun begitu, harapan peminat Neelofa untuk melihat beliau membawa pulang kereta Toyota Camry Hibrid selaku penerima Anugerah Bintang Popular APBH2014 tidak kesampaian apabila ia dimenangi oleh pelakon Shaheizy Sam.

Shaheizy sebelum itu turut memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular. - MPM


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment