Bungkusan berisi paku punca letupan di Tanah Abang - MetroPost Malaysia
Bungkusan berisi paku punca letupan di Tanah Abang

Bungkusan berisi paku punca letupan di Tanah Abang

Share This

JAKARTA - Letupan yang berlaku di kawasan penduduk padat di Tanah Abang di sini dipercayai berpunca daripada sebuah bungkusan berisi paku.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti, punca sebenar masih disiasat dan pihaknya menunggu keputusan makmal forensik.
"Kita masih menunggu hasil penyelidikan makmal forensik tetapi yang berbahaya kerana ia (bungkusan) mengandungi paku," katanya seperti dilapor Kompas.com.
Letupan yang berlaku pukul 2.50 petang waktu tempatan (3.50 petang waktu Malaysia) menyebabkan empat orang cedera dengan tiga daripadanya parah. - MPM/Kompas.com

No comments:

Post a Comment