Deretan BMW 7-Series baharu berjata negara jadi tanda tanya

SEBAHAGIAN deretan kereta mewah berjata negara di sebuah bilik pusat edaran kenderaan itu di Puchong sehingga mencetuskan tanda tanya orang ramai. - Foto ihsan Facebook Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR - Deretan kereta jenis BMW 7-Series berjata negara yang diletakkan di sebuah pusat pengedaran kenderaan syarikat itu di Puchong, di sini hari ini mencetuskan tanda tanya di kalangan orang ramai.

Deretan kereta mewah itu dalam warna hitam dan putih dipercayai untuk kegunaan pegawai tinggi kerajaan Persekutuan berdasarkan jata negara pada kenderaan tersebut.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli  berkata, beliau akan bertanya sendiri dengan pihak menteri berkaitan berhubung kenderaan tersebut.
"Atas tindakan pantas sahabat-sahabat kita, maka hari ini 'kantoi' lagi Kerajaan Persekutuan beli kereta mewah BMW 7-Series... Saya ucapkan terima kasih kepada dua orang anak muda ini. 
"Saya akan tanya menteri selepas ini apa perlunya kereta-kereta ini," kata Rafizi dalam entri Facebooknya.
Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dikritik hebat oleh pemimpin pembangkang dan bekas pemimpin negara kerana membeli sebuah jet eksekutif yang baharu.

BERITA BERKAITAN: Kereta BMW 7-Series untuk Sidang Kemuncak ASEAN - Harris

Kritikan keras itu susulan pada masa yang sama kerajaan Pusat memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang didakwa membebankan rakyat. - MPM




Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment