Malaysia bakal jadi lauk kepada Arab Saudi dan UAE?


KUALA LUMPUR -  Pengendali Harimau Malaya, Dollah Salleh mungkin boleh menarik nafas sedikit lega apabila tidak diundi bersama Jepun, Korea Selatan atau Australia pada sesi undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia, di sini hari ini.

Bagaimanapun, selaku pasukan yang berada di ranking ke-164 dunia, Malaysia tiada pilihan selain berdepan dengan dua pasukan jagoan Timur Tengah iaitu Arab Saudi dan Emeriyah Arab Bersatu (UAE) selain Palestin dan Timor Leste.

Berdasarkan keputusan undian itu, jelas anak-anak buah Dollah tidak boleh duduk diam melainkan perlu bekerja keras kerana lawan-lawan yang dihadapi kesemuanya jauh di hadapan dari segi perkembangan bola sepak.

Semalam, Dollah dilaporkan berkata, dia sebolehnya cuba mengelak daripada sekumpulan dengan Australia, Jepun atau Korea Selatan.

"Jika ditanya kepada pasukan yang saya mahu elak, dua pasukan iaitu Jepun dan Korea Selatan di balang satu serta Australia di balang dua yang boleh dikatakan taraf permainan mereka agak berbeza berbanding pasukan Asia lain."

Pun begitu, Arab Saudi dan UAE juga adalah antara pasukan terkuat di rantau Asia dan bakal berhadapan dengan kesukaran untuk menjinakkan kedua-dua pasukan tersebut.

Berikut senarai penuh pasukan yang bertanding dalam sesi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 :

KUMPULAN A:
1. UAE
2. Arab Saudi
3. Palestin
4. Timor Leste
5. Malaysia

KUMPULAN B:
1. Australia
2. Jordan
3.Tajikistan
4. Kyrgyzstan
5.Bangladesh

KUMPULAN C:
1. China
2. Qatar
3. Maldives
4. Bhutan
5. Hong Kong

KUMPULAN D:
1. Iran
2. Oman
3. India
4. Turkmenistan
5. Guam

KUMPULAN E:
1. Jepun
2. Syria
3. Afghanistan
4. Singapura
5. Kemboja

KUMPULAN F:
1. Iraq
2. Vietnam
3. Thailand
4. Indonesia
5. Taipei

KUMPULAN G:
1. Korea Selatan
2. Kuwait
3. Lubnan
4. Myanmar
5. Laos

KUMPULAN H:
1. Uzbekistan
2. Bahrain
3. Filipina
4. Korea Utara
5. Yemen

- MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment