Chong Wei digantung sehingga 30 April

LEE CHONG WEI
KUALA LUMPUR - Jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei boleh menarik nafas lega apabila Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan dia digantung selama lapan bulan bermula 30 Ogos tahun lalu.

Dengan keputusan itu bermakna Chong Wei dibenar kembali beraksi mulai 1 Mei, sekali gus berpeluang menyertai kejohanan Piala Sudirman 2015 di Dongguan bulan depan, Sukan SEA di Singapura (Jun) dan Kejohanan Dunia di Jakarta pada Ogos ini.

Dalam laporan keputusan Panel Pendengaran Doping BWF setebal 13 muka surat hari ini, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira bahawa pengambilan Dexametasone oleh Chong Wei tanpa disedarinya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dikesan mengambil Dexametasone iaitu salah satu bahan terlarang ketika menyertai Kejohanan Dunia BWF di Denmark, 30 Ogos tahun lalu.

Sampel yang mengandungi bahan itu dikatakan berasal dari kelongsong kapsul makanan suplemen yang diambil oleh Chong Wei.

Keputusan penuh Panel Pendengaran Doping BWF berhubung kes Chong Wei boleh dibaca di www.bwfbadminton.com. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment