Dua penjenayah warga asing ditembak mati

STATUS Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian.

KUALA LUMPUR - Dua penjenayah warga asing ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Bandar Putra, Kulaijaya, Johor awal pagi ini.

Dalam  kerjadian pukul 3.40 pagi itu, pihak polis juga berjaya merampas senjata api dan pelbagai senjata lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun Twitternya memuji kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu.

"Syabas JSJ @PDRMsia Johor b'jaya (berjaya) tumpaskan 2 penjenayah dlm insiden berbalas tembak di Kulaijaya Johor pagi tadi. S'api (senjata api) dirampas. Go PDRM Go", tulis Khalid dalam akaun Twitternya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, dua lagi suspek berjaya melarikan diri dalam kejadian berhampiran IOI Mall Kulaijaya itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika sebuah kereta peronda yang membuat rondaan di kawasan berkenaan terserempak dengan kereta yang dinaiki kesemua suspek.

Sebaik polis cuba mendekati kereta suspek untuk melakukan pemeriksaan, suspek telah bertindak melepaskan tembakan ke arah polis.

"Tindakan suspek itu menyebabkan anggota polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri hingga terkena dua daripada suspek. Dua lagi suspek berjaya melarikan diri,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Rusli berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah berhubung kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah Kulaijaya dan Pontian - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment