Felda United sambar penjaring terbanyak Liga Bahrain

THIAGO Augusto Fernandes, penjaring terbanyak Liga Bahrain yang akan mewakili Felda United.
KUALA LUMPUR - Felda United yang kini berada di tangga kedua Liga Super menyambar penjaring terbanyak Liga Bahrain musim lalu, Thiago Augusto Fernandes sebagai pemain import terbarunya.

Sumber berkata, pemain berusia 25 tahun dan kini beraksi untuk kelab Al-Manama akan diterbangkan ke Kuala Lumpur untuk menggantikan Edward Wilson sebelum pintu perpindahan April ditutup.

Musim lalu, pemain berasal dari Brazil itu menjadi penjaring terbanyak Liga Bahrain dengan 17 gol manakala musim ini dia telah mencetak 14 gol setakat ini.

Felda United kini mengutip 17 mata daripada lapan perlawanan liga, berkongsi mata dengan pendahulu Selangor tetapi dibezakan oleh jaringan gol.

Skuad bertaraf kelab itu kini dibimbing oleh Irfan Bakti. -  MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment