Felixia Yeap mengaku sudah bertunang



KEMAS kini terbaru Felixia dalam Facebooknya mendedahkan bahawa dia sudah pun bertunang. 

KUALA LUMPUR - Bekas model yang kini memeluk Islam, Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Raina Yeap Chin Yee seolah-olah mengesahkan bahawa dia sudah pun bertunang.

Ketika memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan dia baharu memperoleh kad perakuan memeluk Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Felixia yang lebih gemar dipanggil Rara itu mengaku usahanya mendapatkan kad perakuan tersebut juga atas bantuan tunangnya.
"Alhamdulillah. Dengan bantuan efisien dan terbaik dari JAWI semalam, saya berjaya dapat kad saya. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 
"Jazakummullah khairan kathira pada staf2 JAWI yg friendly semalam terutamanya Puan X (maaf sbb tak sempat Tanya nama beliau dlm kesempitan masa smlm) yang sanggup tolong memanggil saksi semasa syahadah saya tahun lepas dan beliau begitu sabar dan dedikasi dalam membantu saudara baru. Tentu sekali tidak dilupakan juga pertolongan daripada Mr Fiance. Alhamdulillah," tulis beliau dalam akaun Facebooknya hari ini.
Walaupun selama ini beberapa pihak ada mendedahkan gambar-gambar Rara bersama seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya tetapi sehingga tiada pengakuan dibuat oleh bekas model majalah dewasa itu.
Apakah lelaki ini tunangan Felixia? 
Malah pada awal dia memeluk Islam, Rara menolak dakwaan bahawa lelaki yang dikenali sebagai Raja Zainal Badri itu sebagai teman istimewanya.

Dia juga berkali-kali menolak dakwaan bahawa dia memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya itu.

Jadi persoalan di sini apakah tunangan Rara itu adalah lelaki yang sama yang diperkatakan sejak dia memeluk Islam dahulu atau apakah ada yang lain? Bila dia akan menamatkan zaman bujangnya?

MetroPost Malaysia akan cuba mendapatkan pengesahan Rara dalam masa terdekat. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment