Gaji dan elaun Ahli Parlimen naik sehingga 40 peratus


KUALA LUMPUR - Gaji dan elaun semua Ahli Parlimen termasuk Speaker dan timbalannya serta Ahli Dewan Negara memperoleh kenaikain sehingga 40 peratus selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat awal pagi ini.

Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah diluluskan di Parlimen pada Khamis.

Ia dibentang untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu mendapat sokongan sebulat suara daripada Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Di bawah kadar baru itu, elaun Ahli Parlimen akan menerima kenaikan sebanyak RM5,000 kepada RM16,000 sebulan berbanding RM11,000 sebelum ini.

Ketika ini, Ahli PArlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan dan elaun bulanan RM5,000.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Ahli Dewan Negara pula akan menerima kenaikan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 .


Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikan sebanyak RM11,000 kepada RM31,000 (RM20,000) manakala timbalan masing-masing naik RM4,000 kepada RM20,000 (RM16,000).

Shahidan ketika membentangkan perkara itu berkata, pindaan tersebut berikutan faktor persekitaran dan komitmen Ahli Parlimen.
“Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi,” katanya.
Kenaikan itu akan memberi tambahan kepada belanjawan negara sebanyak RM17.2 juta setahun. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment