Gambar Tasha dan 'bekas kekasih' cetus persoalan

Gambar Tasha Shilla bersama Hans Wong yang dimuat naik oleh petinju muay thai itu di laman instagram beliau dua hari lepas.
KUALA LUMPUR - Gambar 'mesra' Tasha Shilla dan petinju muay thai, Hans Wong yang sebelum ini dikatakan berpacaran mencetuskan persoalan khususnya oleh peminat pelakon cantik manis itu.

Gambar itu dimuat naik oleh Hans dalam  laman Instagramnya (IG/h4n_2) dengan  kapsyen. “Sahabat itu bukan seperti bayangan yang hanya mengikuti kita saat terang, lalu meninggalkan kita saat gelap datang" dua hari lepas.

Tasha sebelum ini mengaku hubungannya dengan Wong sudah berakhir dan khabarnya disebabkan perbezaan agama dan kehadiran orang ketiga.

Bagaimanapun sehingga kini Hans mengambil pendekatan berdiam diri berhubung hubungannya dengan pelakon itu yang disulam sejak dua tahun lalu.

Pun begitu, kata-kata Hans dalam instagram tersebut jelas menunjukkan dia masih lagi menganggap Tasha sebagai sahabat baiknya yang sentiasa berada di sisi beliau sama ada saat susah mahupun senang.

Walaupun pun  begitu, kalangan peminat Tiara memberi reaksi positif dan mahukan mereka kembali bersatu, seperti komen-komen yang diberikan dalam instagram tersebut,

Dan ada juga yang mengucap panjang dengan gaya pasangan itu bergambar, seolah-olah berbaring di atas katil dengan Hans tidak berbaju sehingga menampakkan tatu di anggota badannya, yang boleh mendatangkan pelbagai fitnah.

MetroPost Malaysia menyerahkan hal ini kepada Tasha atau Hans untuk memberikan penjelasan mengenai gambar tersebut, sekurang-kurangnya mengelak pandangan negatif masyarakat terhadap mereka. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment