GST: Harga kereta cuma turun RM1.65?

Pengguna kecewa penurunan harga kereta selepas GST tidak seperti yang diharapkan.
KUALA LUMPUR - Orang ramai mula ghairah untuk memiliki kenderaan baharu apabila kerajaan memaklumkan bahawa harga kereta dijangka akan turun selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai 1 April.

Bagaimanapun, hasrat itu boleh terbantut apabila melihat jumlah pengurangan harga yang ditawarkan oleh para pengeluar dan pengedar kenderaan berkenaan.

Ini kerana para pengguna seolah-olah tertipu apabila ada syarikat pengedar kenderaan menurunkan harga kereta edaran mereka cuma RM1.65 walaupun ada juga sehingga RM10,000.

Jika beginilah kadar penurunan harga kenderaan selepas GST maka jelas sama ada para pengedar kenderaan tidak serius untuk menurunkan harga atau mereka mempermainkan pengguna dan kerajaan.

Malahan rata-rata pengguna kecewa kerana penurunan harga kereta selepas pelaksanaan GST tidak seperti yang diharapkan.

Seorang pengguna yang enggan dikenali berkata, jika penurunan hanya seharga sebotol air mineral adalah lebih baik mereka tidak menurunkan harga kenderaan mereka.
"Takkan RM1.65. Kalau macam ini lebih baik tak perlu turunkan. Mana janji kerajaan yang kata harga kereta turun selepas pelaksanaan GST. Memang ada yang turunkan sehingga RM10,000 tapi harganya RM400,000 ke atas," katanya kepada MetroPost Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata, harga kereta akan turun 4 peratus selepas pelaksanaan GST.

Katanya, penurunan harga tersebut melibatkan semua jenis kenderaan sama ada buatan tempatan mahupun import. - MPM







Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment