GST: Pengguna telefon prabayar makin bingung


CYBERJAYA - Pengguna bingung apabila pihak Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberikan kenyataan bercanggah berhubung isu isian kad prabayar telefon.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad dalam satu sidang media dilaporkan mengumumkan harga kad prabayar kembali kepada harga asal seperti sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkidmatan (GST), mulai 1 Mei.

Ini bermakna, jika kad prabayar itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei, katanya.

Menurut Khazali, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berdasarkan kepada konsep 'tax inclusive' (termasuk cukai) berkuat kuasa 1 Mei dalam satu surat semalam kelmarin.

Semalam, SKMM pula berkata, isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST enam peratus, katanya.

Memetik kenyataan Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, agak mustahil untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.


"Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000," katanya seperti dilapor Bernama.

Halim berkata, ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.

SKMM meminta keputusan lanjut mengenai perkara itu hanya dibuat selepas syarikat pembekal perkhidmatan selesai membuat kajian penilaian sama ada pelanggan memilih nilai isian semula yang lebih rendah selepas GST dikenakan atau sebaliknya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment