Harakah, HarakahDaily diperintah fail pernyataan pembelaan


KUALA LUMPUR - Lidah rasmi PAS, Harakah dan HarakahDaily hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1MDB.

Penolong Kanan Pendaftar, V. Vanita menetapkan sebelum 24 April ini untuk kedua-dua defendan memfailkan pernyataan pembelaan itu ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini.

Memetik laporan Bernama, peguam Nor Emilia Iszeham yang mewakili Najib selaku plaintif berkata, Vanita juga menetapkan 8 Mei depan untuk Perdana Menteri membalas pernyataan pembelaan itu dan 28 Mei pula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.

Pada 18 Mac lepas, Najib memfailkan saman itu selepas mendakwa artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb lalu bertajuk 'Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?(Bhg 2)' mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau telah menyalah guna dana milik 1MDB.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya telah terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment