Hina azan: Alvin didoa dapat hidayah dan peluk Islam

ALVIN Tan memuat naik video dia melaungkan azan sambil bermain keyboard di Facebooknya, usaha terbarunya untuk membangkitkan kemarahan umat Islam
KUALA LUMPUR - Selepas namanya semakin dilupakan, Alvin Tan yang pernah menghina agama Islam dan kini melarikan diri ke Amerika Syarikat cuba mencetuskan semula kemarahan umat Islam terutama di negara ini.

Ini berikutan tindakannya menerbitkan rakaman video dia sedang melaungkan azan sambil bermain keyboard dalam keadaan tidak berbaju di Facebooknya (@alvintan.yolo).

Dalam status "Muslim Call to Prayer - Azan R&B cover", dia memuat naik video berdurasi 2.50 minit disertakan pernyataan berikut:
"Have you had your dose of Allahuakbar for the day!? This is dedicated to the one and only true God, Allah s.w.t., peace be upon Him! And please don’t badger me about the wrong lyrics… First, this is a cover, so creative modification is permitted. Second, I ain’t a suicide bomber aight.
"My latest goal is to get all mosques in Malaysia to play my cover instead of having them old geezers hunched over the mics, straining their vocal chords and cracking their voices. Let them geezers rest already… preferably in eternal peace.
“ALLAHUAKBAR! #Islam #ReligionOfPeace — at Mekkah, Saudi Arabia."
Walaupun video ini mendapat reaksi negatif di media-media sosial, tetapi ramai juga kalangan umat Islam mendoakan agar Alvin diberi petunjuk oleh Allah dan memeluk Islam.

"Kadang-kadang hidayah Allah datang dengan berbagai cara... Sahabat-sahabat nabi yang mempersendakan Nabi dulu sebelum menerima islam menjadi tunjang kepada agama Islam.

"Aku berdoa semoga mereka yang sebegini akan Allah perelokkan hati dan perbuatan mereka dan kembali kepada fitrah Islam," kata seorang pengomentar di Facebook.

Seorang lagi berkata, orang Islam tidak perlu memberi rekasi atau menghebahkan rakaman video ini kerana tujuannya hanya untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sebelum ini, Alvin dan bekas teman wanitanya Vivian Lee menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment