Ibu berjaya selamatkan anak daripada dilarikan

PASIR GUDANG - Usaha seorang ibu menarik tangan anak lelakinya berusia 8 tahun berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu daripada dilarikan dua lelaki di Plentong, dekat sini.

GAMBAR HIASAN

Dalam kejadian 15 April lalu, kanak-kanak tersebut dan ibunya turun daripada kereta untuk ke sekolah pada sesi petang di sebuah sekolah di Jalan Bunga Matahari, Plentong apabila didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menaiki Perodua Kancil berwarna kelabu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Abdul Samad Salleh berkata, dua suspek itu cuba menarik mangsa tetapi tidak berjaya kerana emak mangsa bertindak menarik tangan kanak-kanak tersebut.

Menurutnya, oleh kerana gagal mendapatkan kanak-kanak itu, kedua-dua suspek terus melarikan diri manakala mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

" Pihak polis masih menjalankan siasatan daripada segenap sudut termasuk motif dan punca sebenar kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu agar tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat berkaitan di mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999  atau Hotline IPD Seri Alam (07-3864222).

Abdul Samad berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau juga menasihatkan pihak sekolah agar mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan berkenaan. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment