Ibu muda ditahan disyaki dera anak

Sedutan rakaman video kes seorang kanak-kanak didera ibunya.

IPOH - Seorang ibu muda berusia 17 tahun ditahan di sini hari ini disyaki mendera anaknya, yang rakaman video perbuatan itu tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh seorang saudara kepada mangsa.

"Hasil laporan itu pihak polis telah menahan seorang wanita berusia 17 tahun yang juga ibu kepada mangsa.

"Kes ini telah diserahkan kepada pihak pendakwa raya dan disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rakaman video menunjukkan seorang wanita memukul kanak-kanak yang sedang menangis telah tersebar di media sosial sejak semalam dan beberapa pihak minta pihak polis menjalankan siasatan segera. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment