Keajaiban dan kemewahan Dubai

PULAU buatan antara keajaiban moden yang dicipta oleh Dubai.
DUBAI bukan Abu Dhabi. Dubai berbeza dengan Abu Dhabi. Kedua-dua ini adalah sebahagian daripada tujuh wilayah pemerintahan beraja yang membentuk Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Selain Abu Dhabi, Dubai terkenal sebagai wilayah termaju di UAE. Dengan memiliki 10 pelabuhan penting di dunia, Dubai juga kaya dengan minyak dan gas yang menjadi sumber utama kemewahan kota raya ini.

Mengikut sejarah, pada pertengahan abada kesembilan, Dubai jatuh di tangan penjajah Inggeris. Sejak itu Dubai memiliki hak untuk mengawal semua sumber alamnya, khususnya minyak dan gas.

Seperti negara Timur Tengah lain, Dubai hanya diliputi sebahagian besar padang pasir dengan suhu antara 14 hingga 40 darjah Celsius. Jumlah penduduk Dubai adalah 1.5 juta.

Kisah penduduk Dubai yang kaya-raya dan bergelumang dengan kemewahan sudah dikenali seluruh dunia.

Malah Dubai juga telah berjaya mengubah wajah sebuah padang pasir yang kontang menjadi tarikan pelancong dengan pelbagai tarikan yang menakjubkan.

Lihat-lihatlah antara kemewahan dan tarikan yang ada di Dubai sehingga ada yang menggangap kota ini adalah "syurga padang pasir".


AKUARIUM di tengah padang pasir? Tidak mustahil bagi pemerintahan yang kaya seperti Dubai.
BERMAIN tenis di puncak pencakar langit. 
SEPESAT mana pembangunan di Dubai, binatang padang pasir ini tetap menjadi tarikan.

BERAKIT di tengah padang pasir di Dubai.
PENDUDUK Arab yang ingin menikmati bermain luncur salji tidak perlu ke negara bermusim sejuk sebab ia juga ada di Dubai.


KERETA-KERETA mewah bersalut emas dan berlain sering dilihat di jalanan di Dubai.
IPHONE bersalut emas?

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment