Kedutaan Indonesia di Sana'a dibom, 2 cedera


JAKARTA - Bangunan Kedutaan Indonesia di Sana'a, Yaman terkena serangan bom menyebabkan bangunan itu musnah dan dua orang dikatakan cedera ringan, menurut agensi berita Antara hari ini.

Menurut agensi berita itu yang memetik beberapa sumber, sebahagian daripada kakitangan kedutaan telah berlindung di kediaman Duta Indonesia.

Konflik di negara itu semakin meruncing apabila Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan udara di negara jirannya itu bagi menghalang pemberontakan Hurthi.

Kedutaan Indonesia di Sana'a melaporkan, ketika kejadian pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan itu, terdapat 17 warganegaranya berada di kedutaan.

Mereka terdiri daripada kakitangan kedutaan, pasukan  penyelamat dari Jakarta serta warganegara Indonesia yang sedang menunggu untuk dibawa pulang ekorang krisis yang berlaku di negara itu. - Agensi
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment