Kereta BMW 7-Series untuk Sidang Kemuncak ASEAN - Harris


KUALA LUMPUR - Deretan kereta BMW 7-Series berjata negara adalah tajaan BMW Group Malaysia untuk Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 yang akan berlangsung di sini dan Langkawi pada 24 hingga 28 April ini.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris (gambar) berkata, dakwaan Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bahawa kereta itu dibeli oleh kerajaan Persekutuan adalah tidak benar.
"BMW Group Malaysia ingin menjelaskan bahawa kereta-kereta yang dirakamkan itu bukan dibeli oleh Putrajaya," kata Harris.
Sebaliknya, kata beliau, kereta-kereta model 7-Series dan 5-Series itu ditaja oleh pihaknya sebagai pengangkutan rasmi untuk VIP dan pegawai tinggi ASEAN yang terlibat dalam mesyuarat bulan ini.

BERITA BERKAITAN: Deretan BMW 7-Series baharu berjata negara jadi tanda tanya

MetroPost Malaysia yang memetik tulisan Rafizi dalam Facebooknya mendakwa kereta-kereta mewah itu dibeli oleh kerajaan Persekutuan ekoran terpampang jata negara di setiap kereta tersebut.

Rafizi mendakwa gambar-gambar itu dirakam oleh dua individu yang kemudian menyerahkannya kepada beliau. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment