KFC gantung tugas pekerja tunjuk isyarat lucah kepada pelanggan

PEKERJA KFC yang dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada pelanggan dan digantung kerja.

KUALA LUMPUR - KFC Malaysia hari ini telah mengeluarkan permohonan maaf terhadap ekoran tindakan salah seorang pekerja wanitanya di KFC Cawangan Taman Putra, Ampang menunjukkan isyarat lucah kepada pelanggannya.

Permohonan maaf itu dikeluarkan ekoran video rakaman pekerja tersebut yang menunjukkan isyarat 'jari tengah' kepada pelanggan iaitu sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di kawasan berkenaan.

KFC Malaysia dalam kenyataan balasnya berkata, pihaknya telah menggantung pekerja berkenaan dan telah menghubungi kumpulan pelajar terbabit untuk memohon maaf.

Video rakaman berdurasi lapan saat itu dikatakan dirakam oleh pelajar berkenaan dan telah menjadi viral di media sosial.

Menurut laporan media, sekumpulan pelajar sekolah berkunjung ke restoran KFC yang terletak di Taman Putra itu untuk makan tengah hari.

Wanita dalam video berkenaan dikatakan tidak mengizinkan kumpulan terbabit mengabungkan meja kerana perbuatan itu menghalang laluan pelanggan lain tetapi tidak diendahkan oleh para pelajar berkenaan.

Selepas beberapa siri perbalahan kecil, pekerja wanita berkenaan telah merakam gambar dan video tingkah laku kumpulan pelajar tersebut menyebabkan mereka bertindak balas dengan merakam pula wanita berkenaan.

Menyedari dirinya dirakam, wanita itu segera meninggalkan ruang makan sambil menunjukkan isyarat lucah semasa beredar. - MPM

\  
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment