Lawatan DAP ke Mesir, Jordan bawa agenda jahat - ISMA

LIM Kit Siang(dua kanan) bersama beberapa pemimpin DAP bergambar kenangan ketika mereka berkunjung ke Jordan baru-baru ini, lawatan yang dianggap membawa agenda jahat.
KUALA LUMPUR - Lawatan DAP ke Timur Tengah dan mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa Malaysia di sana tidak lebih bagi memenuhi agenda jahat mereka, kata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Pengerusi ISMA Mesir, Umar Farouq Morhalim, kehadiran DAP itu tidak diundang kerana percaya hasrat mereka untuk mengadakan dialog dengan masyarakat Malaysia di sana hanya untuk mencemarkan bumi para Ambiya'.

"ISMA Mesir melihat program tersebut hanyalah sebuah wasilah yang digunakan demi mencapai agenda jahat mereka yang ingin merosakkan jati diri umat Islam kerana pada hakikatnya idea yang dipromosi jelas bertentangan dengan perjuangan dan agenda DAP yang secara konsisten menentang kedudukan Islam dan Melayu di Malaysia.

"ISMA Mesir berharap agar seluruh mahasiswa tidak terjerat dengan “umpan” yang dilontarkan dalam usaha mereka merosakkan jati diri Melayu Muslim khususnya, lebih-lebih lagi golongan mahasiswa  yang merupakan tonggak negara pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Kehadiran beberapa pemimpin DAP diketuai pemimpin veterannya, Lim Kit Siang di bumi Mesir dan Jordan diketahui selepas mereka berkongsi gambar semasa lawatan itu di media sosial.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya berkata, lawatan itu berlangsung pada 13 hingga 15 April lalu, diketuai oleh pemimpin veterannya Lim Kit Siang.

Turut menyertai rombongan tersebut ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong;  Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan beliau sendiri.

Katanya, lawatan tersebut bertujuan mengenali budaya dan politik Timur Tengah serta mempelajari bagaimana gerakan politik Islam di rantau itu yang kini semakin giat berkembang. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment