Lelaki menyamar 'bodyguard' menteri dicekup bersama kekasih

Gambar hiasan saja
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai tugas khas kepada menteri dan bergelar 'Datuk' dicekup bersama teman wanitanya serta merampas tiga pucuk pistol, dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Ampang, kelmarin.

Lelaki terbabit dipercayai menyamar sebagai 'Datuk Azharudin Ahmad', pegawai tugas khas kepada Menteri Dalam Negeri berdasarkan cop pengesahan dan kad nama yang ditemui di pangsapuri berkenaan, yang sebenarnya tidak wujud,

Ketika serbuan dibuat pukul 3 petang itu, polis turut menemui pas keselamatan Kementerian Dalam Negeri dan pas kerja Jabatan Perdana Menteri di bawah Majlis Keselamatan Negara.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pihaknya mendapat maklumat awam bahawa terdapat individu yang mencurigakan menyamar sebagai 'Datuk' dan menetap di pangsapuri itu.

Beliau berkata polis menyerbu rumah itu dan menahan lelaki berusia 49 tahun dan wanita berusia 24 tahun itu yang mengaku sebagai tuan rumah.

"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau dadah yang dikehendaki polis di Tangkak, Johor.

"Pemeriksaan dalam rumah suspek, polis menemui tiga pucuk pistol dalam tiga buah beg hitam tertulis Jabatan Perkhidmatan Awam di bilik berlainan iaitu sepucuk Revolver dan dua pistolautomatik di dalam bilik suspek.

"Selain itu, polis juga menemui enam butir peluru beserta 119 bebola besi dalam beg lutsinar serta sebilah pisau panjang. Turut ditemui sepasang gari," katanya seperti dilaporkan Bernama semalam.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment