Liverpool pasukan terakhir ke semi-final Piala FA


KUALA LUMPUR - Liverpool menjadi pasukan terakhir menempah tempat ke separuh akhir Piala FA walaupun sekadar menang tipis ke atas Blackburn awal pagi ini.

Pada perlawanan suku akhir kedua itu, gol tunggal Liverpool dijaringkan oleh Philippe Coutinho pada minit ke-70 hasil rembatan kencang di sebelah kiri pintu gol Blackburn.

Pada suku akhir pertama kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Dengan kemenangan itu, Liverpool akan bertemu Aston Villa yang terlebih dahulu menempah slot di separuh akhir selepas menyingkirkan West Brom.

Dua pasukan lagi yang akan bersaing ialah Arsenal yang menyingkirkan Manchester United sebelum ini akan menentang Reading yang menundukkan Bradford.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 19 April ini. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment