MAS nafi pesawatnya hampir berlanggar dengan Kuwait Airways


KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) menafikan laporan sebuah pesawatnya hampir bertembung dengan sebuah pesawat Kuwait Airways di udara Ahad lepas.
MAS berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku memandangkan MAS sudah tidak melalui ruang udara Pakistan atas sebab keselamatan, berikutan Buletin Maklumat Keselamatan yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah (EASA) tahun ini.
Sehubungan itu, MAS mendesak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu itu agar menarik balik laporan mereka serta memohon maaf.
“MAS tidak teragak-agak untuk mengemukakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan laporan tidak berasas itu kerana ia boleh menjejaskan reputasi syarikat kami," kata jurucakap syarikat penerbangan nasional itu kepada The Star.

Menurut laporan, sebuah pesawat Kuwait Airways yang dalam penerbangan ke Islamabad, Pakistan hampir berlanggar dengan pesawat MAS yang sedang menuju ke London.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakisan dilaporkan berkata, insiden itu berlaku di wilayah Baluchistan, barat laut Pakistan akibat kelemahan signal radar kawalan trafik udara. - MPM/TheStar
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment