Mat Yo tinggalkan ATM

NORSHAHRUL IDLAN TAHALA

KUALA LUMPUR - Penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo dikhabarkan akan meninggalkan pasukan Liga Super, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pintu perpindahan bulan ini.

Mat Yo yang musim lalu gagal mendapat tempat sebagai kesebelasan utama ketika mewakili Johor Darul Takzim (JDT) membuat keputusan berhijrah ke ATM di bawah bimbingan B. Sathianathan musim ini.

Bagaimanapun prestasi ATM sehingga kini tidak memberangsangkan apabila hanya mencatat satu kemenangan dan satu seri daripada enam perlawanan dan berada di tangga kedua tercorot liga.

Manakala Mat Yo sendiri hanya menjaringkan satu gol setakat ini.

Difahamkan Mat Yo akan kembali ke negeri kelahirannya, Terengganu yang dikatakan antara pasukan yang mampu memberi saingan hebat musim ini.

Diperkuatkan oleh penjaring terbanyak Liga Malaysia musim lalu, Paulo Rangel, Mat Yo dijangka akan lebih menyerlah bersama skuad Penyu bergandingan pula dengan Abdul Manaf Mamat dan Ash'ari Shamsuddin.

Berita "kepulangan" Mat Yo ke Terengganu menjadi khabar gembira buat para peminat dan penyokong pasukan Pantai Timur itu.

"Elok sangatlah Norshahrul bermain untuk Terengganu. Kami penyokong Terengganu akan menanti kepulanganmu Norshahrul. Semoga serasi dengan pasukan Terengganu," kata Muhammad Aiman dalam entri di Facebook Harimau Malaya.

Seorang lagi peminatnya, Wan Azhan Wan Ali berkata, berdasarkan rekod Mat Yo tidak pernah bermain untuk pasukan negeri kelahirannya dan dia mengucapkan selamat datang ke Terengganu.

Jefferson Richard pula berkata: "All the best Mat Yo. Pastikan lebih extra momentum mewakili negeri sendiri. Fan Sarawak." - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment