Matthew Davies pemain kacukan terbaru Harimau Muda

BEKAS pemain Perth Glory, Matthew Davies bakal menyarung jersi Pahang sebagai "pemain tempatan".

AMPANG - Selepas Junior Eldstal dan Brendan Gan,  seorang lagi pemain "import" kelahiran tempatan bakal menyarung jersi bola sepak kebangsaan tidak lama lagi.

Pemain tersebut, Matthew Davies yang pernah beraksi dalam Liga Australia (A-League) bersama pasukan Perth Glory dikhabarkan baharu saja memperoleh kerakyatan Malaysia.

Sebelum beraksi dengan skuad kebangsaan, pemain yang baharu berusia 20 tahun itu terlebih dahulu disambar oleh pasukan Tok Gajah untuk memperkuatkan jentera tengah bagi musim ini.

Sebelum ini Eldstal yang juga kelahiran Sabah dan pernah beraksi dalam Liga Bola Sepak Vauxhll, UK  telah diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan. Eldstal kini beraksi untuk Johor Darul Takzim (JDT).

Junior Eldstal (kiri) dan Brendan Gan, dua pemain kacukan yang menyarung jersi Harimau Muda.
Brenda pula pernah menyarung jersi kebangsaan pada 2010 selain mewakili pasukan Kelantan.

Pemain yang dilahirkan di Sutherland Shire, Australia itu memperoleh kerakyatan Malaysia dengan mengambil kira keluarganya yang berasal dari Negeri Sembilan.

FAM juga pernah membawa pulang bintang muda kelab Shanghai Shenhua, China iaitu  Tam Sheang Tsung untuk menyarung jersi kebangsaan.

Bagaimanapun, Sheang Tsung yang dilahirkan di Tokyo, Jepun tetapi memegang pasport Malaysia itu tidak menarik minat jurulatih skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.

Difahamkan Matthew Davies akan bersama-sama skuad Harimau Muda A yang akan beraksi di Sukan SEA di Singapura yang juga di bawah kendalian Kim Swee. - MPM


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Setakat ini pemain kacukan yg dibawa pulang biasa2 saja. Harap bintang Matthew bersinar di Malaysia

    ReplyDelete