Melaka haramkan penggunaan bekas polisterin

PENGGUNAAN polisterin sebagai bekas makanan sudah menjadi kebiasaan di negara ini sejak beberapa tahun lalu. - Gambar hiasan
MELAKA - Semua peniaga dan pembekal makanan di negeri ini tidak lagi dibenarkan menggunakan bekas polisterin untuk membungkus makanan mulai 15 Mei ini.

Pengharaman penggunaan bekas polisterin oleh kerajaan negeri itu dikenakan ke atas semua kafe di bangunan kerajaan, premis makanan pihak berkuasa tempatan dan sekolah di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Kamarudin Md. Shah berkata, langkah itu merupakan fasa pertama program 'Melaka Tanpa Polisterin' bertujuan mengurangkan penggunaan bahan yang sukar diurai dan menjejaskan alam sekitar itu.

Menurutnya, fasa berkenaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula September tahun ini sebelum diperluaskan ke semua premis makanan di seluruh negeri.

Penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan telah diharamkan oleh kebanyakan negara kerana selain memberi kesan kepada alam sekitar, ia juga dikatakan menjejaskan kesihatan manusia.

Hasil kajian mendapati polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini memerlukan tempoh sehingga 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.

KEMPEN katakan tidak kepada polisterin sepatutnya digiatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kajian oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada tahun 1992 pula menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran antara tiga  hingga lima kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat meletakkan bahan ini sebagai yang kelima paling bahaya kepada manusia. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment