Michelle Keegan rampas gelaran wanita paling seksi

MICHELLE KEEGAN
LONDON - Selepas menduduki tangga kedua pada tahun lalu, akhirnya Michelle Keegan dinobatkan sebagai Wanita Paling Seksi di dunia tahun ini berdasarkan undian yang dibuat oleh majalah FHM.

Pelakon yang terkenal menerusi Coronation Street itu menewaskan Kendall Jenner dan Jeniffer Lawrence masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Inilah kali pertama pelakon berusia 27 tahun itu memperoleh undian tertinggi selepas menduduki tangga ketiga tahun 2014 dan kedua tahun lalu.

Tahun lalu gelaran itu disandang oleh pelakon Jeniffer Lawrence.

Michelle, yang pertama kali disenaraikan pada 2010 di tempat ke-30 kini dikenali sebagai pelakon drama Ordinary Lies air terbitan BBC.

Dia juga mempunyai koleksi pakaian sendiri dengan jenama Lipsy.

KESEKSIAN Michelle terserlah dalam pakaian ini. - FHM

Berikut senarai 10 Wanita Paling Seksi FHM 2015:

1. Michelle Keegan (2)
2. Kendall Jenner (31)
3. Jennifer Lawrence (1)
4. Kate Upton (18)
5. Caroline Flack  (disenaraikan semula)
6. Ariana Grande (77)
7. Margot Robbie (26)
8. Lucy Mecklenburgh (8)
9. Emilia Clarke (11)
10. Kelly Brook (23)

* Nombor dalam kurungan adalah kedudukan tahun lalu.
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment