Misteri Aidana Baizieva bakal terungkai?

APAKAH wanita ini Aidana Baizieva?
KUALA LUMPUR - Misteri penumpang helikopter wanita yang terhempas di Sungai Lalang, Semenyih bakal terungkai apabila seorang waris dipercayai adiknya telah membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi.

Mangsa yang dipercayai bernama Aidana Baizieva sepertimana dimaklum oleh Kementerian Pengangkutan sebelum ini sebelum ini diselubungi misteri ekoran tiada waris yang datang untuk menuntutnya.

Pihak HKL pula gagal untuk mengesahkan identiti sebenar mangsa berkenaan yang dikatakan penolong juruterbang berasal dari Kyrgyzstan.

Akhbar The Star melaporkan seorang wanita dipercayai adik kepada Aidana telah datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengesahan. Bagaimanapun dia tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Pihak kedutaan Kyrgyzstan sebelum ini mengesahkan tiada maklumat mengenai mangsa tetapi akan membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti identiti mangsa.

SEORANG wanita (kanan) dipercayai adik kepada Aidana Beizieva tiba di HKL untuk membuat pengecaman.
Menurut sumber, wanita berkenaan dipercayai teman wanita juruterbang helikopter jenis AS365SN2 itu, iaitu Cliff William Fournier seorang rakyat Amerika Syarikat yang juga pemilik syarikat penerbangan Chempaka Aviation itu.

Fournier turut terkorban dalam nahas tersebut bersama empat lagi penumpang lain termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias.

Sumber berkata, identiti penumpang wanita tersebut dijangka diketahui beberapa hari lagi selepas keputusan DNA diperoleh. - MPM



Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment