Shanna Avril mengaku tidak bersalah berkelakuan tidak sopan

KUALA LUMPUR - Bekas peserta Dewi Remaja dan Pengacara Jemputan Nona, Shanna Avril mengaku tidak bersalah di mahkamah atas dakwaan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam, Khamis lalu.

Shanna Avril atau nama sebenarnya, Persana Avril Sollunda, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Petaling di sini, pada pukul 2.07 petang, 23 April lalu.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita dari Sabah yang juga pekerja spa itu kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang prosiding.

Majistret Zura Syazween Hamzan tidak membenarkan dia diikat jamin dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes, lapor Bernama Online.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, ASP Nom Phot Prackdit.

Minggu lepas, perlakuan Shanna Avril yang menanggalkan baju di khalayak ramai dirakam dan disebar di laman sosial sehingga menjadi viral. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment