Nur Amira bakal keluarkan DVD kompilasi 'cover' dram

AMIRA bersama pelakon Nora Danish selepas membuat persembahan pada malam Anugerah Media Sosial Malaysia di Hotel Time Square malam tadi. - Foto FB Amira Drummer
KUALA LUMPUR - Pemain dram cilik, adik Nur Amira Syahira atau lebih glamor dipanggil 'Amira Drummer' bakal mengeluarkan DVD kompilasi cover dramnya tidak lama lagi.

Amira yang baru berusia 12 tahun dan bakal memasuki pusingan akhir pertandingan Hit Like A Girl (HLAG) selepas mencatat undian tertinggi di peringat saringan yang akan berakhir hari ini.

Dia yang suka berbahasa dirinya 'Mira' berkata, dia telah menghasilkan satu cover dram setiap minggu yang kemudian dimuat naik di media sosial.

"Tiap minggu Mira cuba praktis cover satu lagu dan Mira muat dalam Facebook. Setakat ni dah banyak dah.

"Insya-Allah Mira akan keluarkan DVD cover dram Mira tahun ini juga," katanya kepada MetroPost Malaysia hari ini.

Amira berkata, malam tadi dia membuat persembahan di malam Anugerah Media Sosial Malaysia 2015 dan telah mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin serta pelakon Nora Danish.

"Alhamdulillah, mereka kata bagus. Kak Nora banyak beri tips untuk berjaya," katanya.


Mengenai HLAG, Amira berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong dan memberi undian kepadanya sehingga memperoleh undian tertinggi setakat ini berbanding 25 peserta lain dari seluruh dunia.

Amira telah memperoleh 2,638 undian, jauh meninggalkan saingan terdekat iaitu Milana dari Amerika Syarikat (931) akan memasuki pusingan akhir bersama 19 peserta lain.

Menurut laman web HLAG, pada pusingan akhir yang bermula 24 Mei, kesemua 20 finalis kedua-dua kategori Bawah 18 Tahun dan Atas 18 Tahun akan diadili oleh para juri profesional.

Pemenang pertandingan akan diumumkan secara langsung menerusi laman web Drumchannel.com pada 7 Mei ini. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment