Pasport Malaysia kelima paling berpengaruh di dunia

PASPORT Malaysia antara paling berpengaruh di dunia.
KUALA LUMPUR - Tahukah anda pasport Malaysia  menduduki tempat kelima sebagai dokumen perjalanan paling berpengaruh di dunia? Mungkin anda tidak percaya tetapi itulah kenyataannya.

Menurut kajian yang dibuat oleh akhbar Telegraph United Kingdom (www.telegraph.co.uk), Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang mengeluarkan pasport biometrik.

Akhbar itu berkata, berdasarkan soal selidik yang dijalankan berhubung faktor penyumbang kepada "pengaruh" sesebuah pasport, 75 peratus memilih sebab kebebasan untuk ke sesebuah negara tanpa memerlukan visa.

Manakala 25 peratus lagi menjadikan kos ke atas sebuah pasport sebagai faktor mempengaruhinya.

Dalam soal selidik itu, pasport Kanada dianggap paling berpengaruh diikuti oleh Finland, Austria dan Belgium manakala Sweden berada tangga ke enam di bawah Malaysia.

Berikut ciri-ciri keselamatan pada pasport negara-negara berkenaan:

Kanada - Dilengkapi dengan grafik yang hanya kelihatan apabila dihalakan kepada cahaya matahari. Ini sekali gus memberikan perlindungan dan ketulenan pasport.

Finland - Berbentuk lipatan yang mempunyai ciri "rusa berjalan"

Austria - Negara ini membenarkan rakyatnya memiliki pasport kedua untuk kegunaan perjalanan di negara yang dilarang.

Belgium - Kulit pasport Belgium mempunyai beberapa bahasa yang selari iaitu Belanda-Perancis-Jerman, Perancis-Belanda-Jerman atau Jerman-Perancis-Belanda, bergantung kepada bahasa penutur pemegangnya.

Sweden -  Pada 2013 dilaporkan pasport Sweden paling laris di pasaran gelap. Ini kerana pemegang pasport negara ini bebas untuk menukar pasport mereka tanpa had.

Untuk rekod, pemegang pasport Malaysia boleh memasuki kesemua negara di dunia kecuali Israel. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment