PATI menyorok atas siling elak dicekup imigresen



ALOR SETAR 6 April. - Gara-gara mengelak daripada dicekup pihak Imigresen Kedah, beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) telah bertindak menyorok diri di atas siling dan di sebalik tangki air di Changloon, dekat sini awal pagi ini.

Dalam Ops Pintu dan Ops Sapu yang dijalankan selama dua jam di beberapa lokasi di Changloon itu, sepasukan penguatkuasa diketuai oleh Penolong Pengarah Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim telah melakukan pemeriksaan di beberapa lokasi.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim, operasi yang bermula pukul 1.50 pagi itu disertai oleh 14 pegawai Imigresen telah membuat pemeriksaan ke atas 16 lelaki dan 15 perempuan warganegara Indonesia. 

"Semasa serbuan, ada penghuni rumah tersebut sedang tidur dan tidak menyedari  kehadiran pegawai imigresen. 

"Terdapat penghuni rumah yang menyorok atas siling dan tangki air namun dpt dikesan oleh anggota operasi," katanya dalam satu kenyataan.

Mohamad Yusri berkata, hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya telah menahan 16 lelaki dan 15 perempuan warganegara Indonesia yang berumur antara 18 hingga 48 tahun.

Katanya, 29 orang telah ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu  tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas serta tiada pas dan permit yang sah manakala dua lagi yang ditahan kerana melindungi warga asing.

"Kesemua mereka akan ditahan di lokap Jabatan Imigresen Negeri Kedah di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Alor Setar untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik, Kedah," katanya. - MPM




Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment