Peluang Nur Amira juarai Hit Like A Girl semakin cerah

NUR AMIRA SYAHIRA

KUALA LUMPUR - Wah! Nampaknya peluang pemain dram comel, Nur Amira Syahira, 12, untuk menjuarai pertandingan Hit Like A Girl (www.hitlikeagirlcontest.com) kategori bawah 18 tahun semakin cerah.

Dengan tempoh undian hanya tinggal dua hari, Nur Amira kini berjaya memperoleh lebih 2,000 undian, jauh meninggalkan saingan terdekat iaitu Milana dari Amerika Syarikat (AS) yang mengumpul 684 undi setakat ini.

Hit Like A Girl merupakan laman web yang menjadi platform kepada pemain dram kanak-kanak perempuan dan remaja seluruh dunia untuk menonjolkan bakat mereka, yang kemudian dinilai oleh juri awam dan profesional.

Nur Amira yang kini mempunyai lebih 100,000 penggemar Facebooknya berkata, dia gembira dengan undian yang diperoleh setakat ini dan berharap boleh menjadi juara pertandingan tersebut.

Kedudukan terkini undian Hit Like A Girl bagi kategori Bawah 18 Tahun.
"Pencapaian ini adalah kerana sokongan daripada semua abang-abang,  kakak-kakak, kawan-kawan, auntie-auntie dan uncle-uncle kepada Mira. Keranamu Malaysia. Teruskan mengundi naa..," katanya dalam Facebooknya.

Nur Amira atau 'Mira Drummer' yang mula bermain dram ketika berusia lapan tahun dengan hanya belajar menerusi YouTube kini boleh berbangga kerana dia menjadi satu-satunya peserta dari Malaysia yang menyertai Hit Like A Girl.

Daripada senarai 25 peserta tertinggi kategori tersebut, terdapat tiga lagi peserta dari Asia iaitu dua dari Jepun dan seorang lagi dari Taiwan tetapi undian untuk mereka jauh di belakang berbanding Nur Amira. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments: