Pengawal keselamatan mengamuk, pegawai bank maut

BANK yang dikatakan berlaku kejadian amuk oleh pengawal keselamatan sehingga mengorbankan seorang pegawai bank serta mencederakan seorang lagi kakitangan wanita bank berkenaan di Taman Molek, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai lelaki sebuah bank di Taman Molek di sini mati ditikam oleh pengawal keselamatan bank berkenaan yang dikatakan mengamuk petang ini.

Kejadian yang berlaku pukul 3.50 petang itu turut mencederakan seorang wanita yang juga rakan sekerja mangsa.

Jurucakap polis berkata, mangsa berusia 33 tahun mati akibat ditikam di bahagian leher dan muka manakala rakannya berusia 50-an hanya mengalami kecederaan selepas terkena libasan pisau yang digunakan suspek.

Katanya, suspek yang berusia 30-an tidak melarikan diri telah ditahan di lokasi kejadian dan pihaknya menemui pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun polis masih menyiasat motif kejadian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment