Penjaga gol JDT II dipecat


MOHD Anis Faron ketika beraksi mewakili JDT II dalam satu perlawanan Liga Perdana baru-baru ini. Dia dipecat kerana memalukan anggota polis.
JOHOR BAHRU - Penjaga gol utama skuad Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Mohd Aniz Faron (gambar kecil) hari ini dipecat selepas pemain itu bertindak memaki-hakum ke arah anggota polis baru-baru ini.

Presiden Perbadanan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim berkata, Mohd Aniz akan diganti dengan pemain muda daripada pasukan pelapis atau pemain dari luar Johor.

Pemain yang berasal dari Bota, Perak itu telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Pulau Pinang atas tuduhan mengaibkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perlawanan Liga Perdana membabitkan pasukannya dan tuan rumah.

Bekas penjaga gol Skuad Bawah 23 negara mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di Stadium Bandaraya di sini kira-kira pukul 10.50 malam, 3 April lalu.

Dia yang pernah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Selangor, Sabah, Felda United, dan Johor FC didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment