Perceraian Yatt Hamzah dibatalkan atas permintaannya

YATT Hamzah (kiri) dan suaminya, Abdul Mutalib serta anak tunggal mereka, Suci Hanania Malika.
KUALA LUMPUR - Hidup berumah tangga kena banyak bersabar dan jangan cepat melatah. Kalau tidak akan berlakulah sepertimana pelakon Yatt Hamzah dan suaminya, Mutalib Abdul Shukor.

Masakan tidak, selepas menuntut perceraian pada Februari lalu, pelakon cantik itu memohon mahkamah membatalkan pula permohonan cerai tersebut. Agaknya masa fail perceraian dalam keadaan marah. Bila dah sejuk mula rasa menyesal.

Hari ini Mahkamah Rendah Syariah di sini membenarkan permohonan Yatt untuk  menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya itu.

Hakim Syarie Mohd. Saifullah Hamzah juga membatalkan segala prosiding perceraian pasangan berkenaan dan menasihati mereka supaya berbincang terlebih dahulu sebelum membawa sebarang kes ke mahkamah pada masa akan datang.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah dilaporkan memfailkan penceraian terhadap Abdul Mutalib di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada 24 Februari lalu.

Bagaimanapun pada bulan lalu, Yatt memohon pihak mahkamah menangguhkan terlebih dahulu permohonan tersebut dengan alasan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik.  - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment