Piala FA: Kelantan, Terengganu ke separuh akhir

AKSI pertemuan Perak dan Terengganu pada suku akhir kedua Piala FA.. - Gsmbsr hiasan

KUALA LUMPUR - Dua pasukan Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu melangkah ke separuh akhir Piala FA setelah melakar kemenangan bergaya pada aksi suku akhir kedua, malam ini.

Kelantan yang terikat seri 1-1 menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada aksi pertama, 7 April lepas menang selesa 3-0 pada aksi timbal balik di laman sendiri, malam ini untuk mara dengan agregat 4-1.

Mereka bakal berdepan pemenang perlawanan antara juara bertahan, Pahang atau Pulau Pinang pada aksi separuh akhir yang diadakan secara timbal balik, awal bulan depan.

Jiran mereka, Terengganu turut beraksi cemerlang setelah menang selesa 2-0 ke atas Perak pada aksi timbal balik di Stadium Perak, Ipoh, malam ini untuk mara dengan agregat 3-1.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 7 April lepas.

Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan Terengganu bakal berdepan pemenang perlawanan antara Johor Darul Ta'zim II (JDTII)atau wakil Singapura, Lions XII pada aksi separuh akhir nanti.

Esok empat lagi pasukan akan berentap iaitu Pulau Pinang akan melayan kunjungan Pahang di Stadium Bandaraya manakala JDTII akan bertemu Lions XII di Stadium Pasir Gudang.

Pada suku akhir pertama, Pahang dan Lions XII masing-masing menang 2-0 ke atas lawan masing-masing ketika beraksi di gelanggang sendiri 8 April lalu. - Bernama/MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment