PRK Permatang Pauh 7 Mei - SPR


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh adalah pada 7 Mei depan manakala 25 April ini hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, 3 Mei pula tarikh mengundi awal khusus untuk anggota keselamatan serta pasangan masing-masing.

Beliau berkata pilihan raya kecil itu dibuat berikutan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan sebelum rayuannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Anwar memenangi kerusi itu selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mazlan Ismail dan calon Bebas, Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.
KEPUTUSAN PRU-13 (P-44 PERMATANG PAUH)
1. Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim (37,090)
2. Dr Mazlan Bin Ismail (25,369)
3. Abdullah Zawawi Bin Samsudin (201)
Jumlah Pengundi = 71,699
Jumlah Undi = 63,332
Peratus Mengundi = 88.33%
Undi Rosak = 672
Sementara itu, Utusan Online melaporkan, pilihan raya kecil Parlimen Rompin kemungkinan akan diadakan serentak dengan Permatang Pauh.

Bagaimanapun, kata Abdul Aziz, perkara itu akan diputuskan para mesyuarat suruhanjaya itu yang akan diadakan Jumaat ini.

PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter di Sungai Lalang, Semenyih baru-baru ini. -  MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment