PRK Rompin 5 Mei, penamaan calon 22 April


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin adalah pada 5 Mei depan manakala 22 April ini hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, 30 April pula tarikh mengundi awal khusus untuk anggota keselamatan serta pasangan masing-masing.

Katanya, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 22 April.

Beliau selanjutnya berkata, tarikh tutup bagi pengundian pos dalam dan luar negara masing-masing ditetapkan pada 22 dan 30 April.

Pilihan raya kecil yang menelan kos berjumlah RM1.92 juta itu dibuat berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Jamaludin Jarjis dalam nahas helikopter  AS365N2 Dauphin yang terhempas di Semenyih pada 4 April lepas.

Isnin lepas, SPR memutuskan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei manakala penamaan calon pada 25 April.

PRK Permatang Pauh mencatat sejarah kerana diadakan ekoran penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas dia dihukum penjara lima tahun kerana bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu,


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment