Ranking Malaysia terburuk dalam sejarah


KUALA LUMPUR - Memalukan! Mahu tidak mahu rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa ranking bola sepak kita terus menjunam sejak 1993.

Malah pada ranking terbaharu FIFA, Malaysia berada di kedudukan 164 iaitu paling buruk dalam sejarah sejak kalendar persekutuan bola sepak dunia itu diperkenalkan.

Lebih memalukan, Harimau Malaya yang jatuh 10 anak tangga berbanding tahun lalu, dipintas oleh Bhutan iaitu sebuah negara yang pernah menduduki ranking tercorot sebelum ini.

Malah Malaysia juga jauh ditinggalkan oleh Timor Leste yang kini menghuni tangga 152 dunia.

Dalam kalangan negara Asia pula, Malaysia berada di kedudukan 33 sekali gus membawa khabar tidak menyenangkan menjelang undian Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019, Selasa ini.

Sementara itu, Belgium melonjak ke tangga ketiga ranking dunia mengatasi Belanda yang jatuh ke tempat keenam dan Brazil di tangga kelima.

Bagaimanapun, Jerman dan Argentina kekal di kedudukan pertama dan kedua manakala Colombia di tempat keempat. - MPM

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment