Remaja jual kerepek sara keluarga

REMAJA yang menjual kerepek di hadapan sebuah bank di Taman Daya, Johor Bahru sehingga mengundang simpati orang ramai.
KISAH seorang remaja yang menjual kerepek di hadapan sebuah bank di Taman Daya, Johor Bahru yang mula menjadi viral di media-media sosial telah mengundang simpati masyarakat.

Masakan tidak, remaja itu dikatakan turut menyertakan nota kepada orang ramai mengenai kehidupan dia dan adik-adik serta nasib malang yang menimpa keluarganya.

Berdasarkan catatan pada nota tersebut, remaja ini berkata, dia dan empat lagi adik beradiknya yang lain terpaksa bekerja sebagai penjual kerepek selepas bapanya patah tengkok akibat kemalangan motosikal

"Ibu tinggalkan kami sejak kami tiada wang. Kami berlima. Nenek masakkan (kerepek) untuk tiga daripada kami berniaga di hadapan Public Bank dan CIMB Bank di Taman Daya manakala yang lain di Danga Bay.

"Inilah pendapatan kami dan RM3 amat bermakna bagi kami dan keluarga," tulisnya dalam nota itu.

Bagaimanapun, MetroPost Malaysia tidak dapat memastikan sama ada nota ini ada kaitan dengan remaja tersebut dan kebenaran cerita berkenaan.

Sesiapa yang berada di sekitar Johor Bahru yang pernah terserempak dengan remaja ini atau mengetahui cerita mengenainya sila sampaikan melalui ruangan komen di bawah. - MPM

NOTA remaja ini bagi menyampaikan tujuan dia berjualan di kaki lima.


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment