Saki-baki tulang mangsa ditemui di tapak nahas MH17






PARA anggota CJIATF dari Belanda, Australia dan Malaysia yang menjalankan kerja-kerja pencarian bukti di tapak nahas MH17 di Donetsk, barat Ukraine semalam. - Foto: Facebook PDRM

KIEV - Hari pertama misi pencarian oleh Combined Joint Inter Agency Task Force (CJIATF) di lokasi nahas pesawat penerbangan MH17 berjaya menemui beberapa serpihan pesawat dan saki baki tulang mangsa.

Menurut Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), ACP Hussein Omar Khan, cuaca di lokasi adalah baik dengan suhu sekitar lapan hingga 12 darjah celcius membolehkan proses pencarian dijalankan dengan lancar.

"Empat pegawai dan anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam pencarian bahan bukti selain telah mengenal pasti lebih kurang 50 tulang manusia di sekitar lokasi kejadian, " terang beliau.

"Sepanjang operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu, tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan keselamatan para petugas sentiasa di bawah jaminan pihak berkuasa Donetsk dan Organization for Security and Co-operation in Europe (OSCE)," tambah beliau lagi.

Selain Malaysia, operasi turut melibatkan pasukan dari negara Belanda dan Australia.

Pada 23 Julai 2013, pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di kawasan bergolak di barat Ukraine yang mengorbankan kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment