Senarai nama pelatih skuad Piala Dunia palsu - FAM

SKUAD Harimau Malaya yang turun menentang Filipina pada perlawanan tidak lama dahulu. Untuk Kelayakana Piala Dunia, senarai pemain belum dikeluarkan.

KUALA LUMPUR - Senarai skuad Harimau Malaya yang dipanggil menjalani latihan untuk Kelayakan Piala Dunia yang disebarkan melalui media sosial adalah palsu, demikian ditegaskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut FAM, senarai pemain untuk sesi kelayakan Piala Dunia masih belum diputuskan oleh Ketua Jurulatih, Dollah Salleh mahupun Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

"Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Dollah Salleh dan juga Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah mengesahkan bahawa senarai akhir pasukan kebangsaan bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia masih belum diputuskan lagi dan senarai pemain-pemain di bawah adalah palsu," jelas FAM dalam laman web rasminya hari ini.

Senarai 35 pemain yang konon dipanggil menjalani latihan untuk skuad Piala Dunia tersebar hari ini melalui media sosial, sehingga mencetuskan reaksi berbeza di kalangan peminat bola sepak negara.

Skuad kendalian Dollah akan bersaing dalam Kumpulan A bersama-sama Arab Saudi, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Palestin dan Timor Leste. - MPM

Senarai 35 skuad Harimau Malaya yang disahkan palsu.

Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment