Siapa Aidana Baizieva? Identiti penumpang terakhir helikopter masih misteri


KUALA LUMPUR - Siapa Aidana Baizieva? Persoalan tentang penumpang terakhir helikopter AS365 yang terhempas di Kampung Pening-pening, Sungai Lalang, Semenyih sehingga kini masih belum terungkap.

Mayat mangsa yang terkorban bersama lima penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis itu pada Sabtu lalu sehingga kini masih belum dituntut oleh ahli keluarga atau warisnya daripada Hospital Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat awal, Aidana dikatakan nama penolong juruterbang helikopter yang diuruskan oleh Chempaka Aviation itu tetapi tiada siapa yang mengesahkan sehingga kini.

Malah kewarganegaraan wanita ini juga masih belum jelas dengan maklumat awal mengatakan dia adalah warga Kazakhstan dan kenyataan Kementerian Pengangkutan menyebut dia sebagai warga Kygakistan.

Usaha MetroPost Malaysia untuk menjejaki pemilik nama Aidana di internet juga gagal apabila tiada penama tersebut ditemui di mana-mana laman web atau media sosial.

Pihak HKL sehingga kini masih meletakkan mayat mangsa sebagai "Unknown" kerana belum ada mana-mana pihak yang boleh mengesahkannya.

Persoalan yang turut berlegar, bagaimana seorang wanita "misteri" boleh berada di dalam helikopter bersama-sama para penumpang VIP termasuk Jamaludin, Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dan ahli perniagaan Kedah, Datuk Tan Huat Seang.

Turut terkorban dalam nahas itu ialah juruterbang yang juga pemilik helikopter tersebut, Cliff William Fournier dan pengawal peribadi Jamaludin, Koperal Razakan Seran. - MPM


Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment