Tak perlu terburu-buru - Erra Fazira


KUALA LUMPUR -  Janda meletop, Erra Fazira tidak mahu terburu-buru soal kahwin walaupun dia kini sedang meniti kebahagian dengan seseorang yang bergelar kekasih.

Walaupun pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, 41, tidak mahu mendedahkan siapa lelaki bertuah itu, namun dari cara ucapannya jelas dia cukup bahagia sekarang selepas dua kali bahtera rumah tangganya musnah.

 "Saya tidak akan dedahkan siapa dia, cukup sekadar memberitahu kalau suatu hari nanti ada jodoh kami akan bersama.

"Sehingga kini kami dalam fasa mengenali, masing-masing juga sudah terlalu matang dalam menjalani kehidupan kini sebab itu kami tidak berjumpa," katanya.

MetroPost Malaysia sebelum ini ada mendengar suara-suara gosip bahawa lelaki yang rapat dengan Erra itu bertaraf VIP.

Pun begitu, Erra berkata, pengakuan bahawa dia rapat dengan seseorang bagi mengelak lebih banyak spekulasi dan memberikan ketenangan kepadanya.

Bercerita tentang kisah hubungannya itu, Erra yang pernah menjadi isteri kepada Yusri KRU dan Engku Emran berkata, percintaan dengan lelaki misteri ini tidak seperti pasangan lain.

"Cukup saya katakan hubungan kami mudah. Kami tidak perlu keluar dating atau menonton wayang bersama seperti pasangan orang muda. Cukup sekadar tahu isi hati masing-masing," kata ibu kepada Engku Aleesya, 6, memetik laporan Utusan Online.

Ditanya bilakah dia akan menamatkan zaman jandanya, Erra berkata, dia tidak mahu terburu-buru sementelah kedua-duanya sibuk dengan komitmen masing-masing.

"Saya pernah berkahwin dan kini sebagai seorang ibu tunggal komitmennya itu lebih banyak, jadi tiada tekanan untuk saya cepat-cepat berkahwin.

"Dia juga mempunyai kerjanya sendiri, jadi situasi ini buat kami memberi fokus buat kehidupan masing-masing dan menyerahkan segalanya kepada jodoh," katanya. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment