Tauke Jambu mengaku nakal tapi...

PELAWAK Tauke Jambu dikatakan sering bertukar teman wanita.
KUALA LUMPUR - Pelawak Taukeh Jambu mengaku dia nakal sebelum ini tetapi tidak bermakna dia yang menulis mesej lucah kepada seorang peminat wanita baru-baru ini.

Pelawak yang tidak kering dengan kontroversi itu berkata, walaupun dia agak nakal sebelum ini tetapi tidak bermakna yang dia yang mengirimkan mesej lucah yg didedahkan oleh sebuah akhbar Ahad lalu.
“Kenakalan kita yang lepas menghantui serta menjadikan kita yang sekarang. Apabila timbul perkara seperti ini, orang akan terus menuding jari kepada saya. Padahal, ramai lagi pelawak dalam Malaysia ini yang nakal,” tutur Tauke ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ di GSC Nu Sentral, seperti dilapor Tonton Extra.
“Di sini saya ingin menegaskan memang bukan saya pelawak yang dimaksudkan. Kalau boleh saya minta masyarakat di luar sana apabila sesuatu berita itu keluar, ikuti cerita itu sampai habis untuk mengetahui cerita sebenar. Sebenarnya perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan periuk nasi saya," katanya.
Akhbar Berita Harian baru-baru ini menampilkan seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha telah membongkar sikap jijik seorang pelawak terkenal yang ligat memujuk rayunya dengan kata-kata berbau lucah.

Kata wanita ini, pelawak itu juga sering memintanya gambar bogel serta mahu berbual secara "video call".

Nama pelawak itu sebelum ini turut dikaitkan selepas gambar seorang pelawak sedang bercumbuan dengan seorang wanita yang tersebar di media-media sosial.

Malahan dia juga terkenal sebagai pelawak yang sering bertukar ganti teman wanita dan gambar-gambar mesranya dengan wanita-wanita tersebut mudah diperoleh di internet. - MPM
Kongsi di Google Plus

Perihal MetroPost Malaysia

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment